Thursday, 17 November 2011

"Wanita Perhiasan Dunia"


1. Wanita yang menjadikan Al-Quran dan Al Hadist sebagai sumber hukum dalam mengatur seluruh aspek kehidupannya
2. Wanita yang Ibadahnya baik dan memiliki akhlak serta budi pekerti yang mulia. Tidak hobi berdusta, bergunjing dan ria
3. Wanita yang Berbuat baik dan berbakti kepada orangtuanya. Ia senantiasa mendoakan orangtuanya, menghormati mereka, menjaga dan melindungi keduanya
4. Ia taat kepada suaminya.Menjaga harta suaminya, mendidik anak-anaknya dengan kehidupan yang Islami. Jika dilihat menyenangkan, bila dipandang menyejukkan dan menentramkan bila berada didekatnya. Hati akan tenang bila meninggalkannya pergi. Ia melayani suaminya dengan baik, berhias hanya untuk suaminya, pandai membangkitkan gairah dan memotivasi suaminya untuk berjuang membela agama Allah
5. Ia tidak bermewah-mewah dengan dunia, tawadhu, bersikap sederhana. Kesabarannya luar biasa atas janji-janji Allah, ia tidak berhenti belajar untuk bekal hidupnya nanti
6. Ia bermanfaat dilingkungannya. Pengabdiannya epada masyarakat dan agama sangat besar. Ia menghadap kepada Allah dengan kedua tangan dan lisannya yang lembut, hatinya yang bersih, akalnya yang cerdas dan dengan hartanya
7 Ia Berusaha menjadikan potensi yang ada pada dirinya sebagai sumber penghasilan yang dapat membantu perekonomian keluarga minimal untuk berinfaq,bersadaqah dan berzakat
8. Ia Senantiasa mengingatkan suaminya agar mencari nafkah dengan cara yang halal,tidak menipu dan korupsi
9. Ia menjadi orang yang bermanfaat disekelilingnya. Menjadi contoh dan tauladan bagi orang-orang yang mengenalnya
10. Ia pandai mengelola keuangan keluarga dengan berinvestasi yang aman menguntungkan

UNTUKMU MUJAHIDAH ALLAH


Ya ALLAH
Berikanlah yg terbaik buat hambaMU ini
Meskipun ianya perit buat ku
Jika itu yang terbaik buat ku
Redhakanlah hati ini
Tabahkanlah hati ini

Ya ALLAH
Segunung doa ku titipkan
Meskipun airmata menjadi sahabatku
Mengharapkan hikmah yg terlindung
Mengharapkan rasa cinta ini tak pudar

Ya ALLAH
Daku ini lemah
Bantulah daku untuk redha MU….

CINTA KERANA ALLAH


"Daripada Abu Muslim al-Khaulani daripada Mua'az bin Jabal r.a,ia berkata:'Aku mendengar Rasulullah s.a.w menceritakn daripada Tuhannya dengan sabdanya:'orang yg bercinta kerana ALLAH berada di ats mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya."

Abu Muslim menyambung:"Kemudian aku keluar hingga bertemu Ubadah bin al-Samit,lalu aku menyebutkan kepadanya hadis Mu'az bin Jabal,maka ia menyatakan:

"aku mendengar Rasulullah s.a.w menceritakan daripada Tuhannya yang berfirman:"cinta-Ku berhak untuk orang yang bercinta kerana-Ku,cinta-Ku berhak untuk orang yang saling tolong-menolong kerana-Ku dan cinta-Ku berhak untuk orang yang saling berkunjung kerana-Ku."Orang yang bercinta kerana Allah berada di ats mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya."

(Riwayah Ahmad)

Hindari Budaya "VALENTINE DAY"

Dalam meraikan sesuatu perayaan,Islam memberi garis panduan bagi mengelakkan umatnya terpesong daripada landasan agama.Islam memiliki cara dan kaedah tersendiri yang lebih suci dan menepati fitrah manusia dalam meraikan sesuatu...

Islam diturunkan bukan semata-mata mencakupi aspek ibadah khusus,bahakn ia meliputi keseluruhan aspek kehidupan.

Antara acara tahunan yang seolah-olah sudah menjadi budaya di kalangan generasi muda ialah sambutan Hari Kekasih atau Valentine Day yang diraikan pada 14 Februari setiap tahun..kita perlu melihat kembali sejarah wujudnya Hari Kekasih ini supaya kita tidak mudah terjerumus dalam situasi yang dapat merencatkan iman..sejarah Hari Kekasih itu ada beberapa versi sumbernya dan disini diceritakan semula supaya kita dapat memahami secara jelas betapa terpesongnya kita sekiranya turut sama meraikan hari itu.

menurut sumber sejarah,Valentine adalah nama paderi yang berpengaruh besar pada zaman pemerintahan Ratu Isabela di sepanyol.Dia adalah orang kedua selepas kedudukan Paderi Besar Pope.Valentine adalah orang yang memainkan peranan dan bersumbangan besar semasa menumpaskan kerajaan Islam di Cordova,Sepanyol..

Jasanya itu dianggap sesuatu yang tidak mungkin dilupakan dan dihargai di kalangan orang kristian.Justeru,tarikh 14 februari ditetapkan sebagai cuti umum bagi meraikan kemenangan yang diterajui Valentine itu pada setiap tahun..malah ia menjadi amalan generasi muda.terdapat  satu lagi versi yang menyatakan pada 14 Februari 270 Masihi,paderi Valentine dibunuh kerana penentangannya kepada penguasa Rome pada waktu itu,iaitu Raja Claudius II(268-270M).ekoran peristiwa pembunuhan ke atas Valentine itu,dia dianggap sebagai simbol ketabahan dan keberanian.

Dia diagungkan pula.bagi memperingati Valentine itu,maka pada 14 Februari setiap tahun,para pengikutnya yang beragama Kristian Katolik meraikannya sebagai 'ucapan keagamaan'.Jadi,berdasarkan sumber sejarah asal-usul Hari Valentine tu,jelas ia adalah tradisi agama Kristian dan sememangnya diraikan dengan meriah oleh para penganut agma itu..

pesan Rasulullah yang bermaksud
"sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum,maka dia turut termasuk bersama golongan itu."

Ini adalah peringatan Rasulullah kepada kita supaya sentiasa berhati-hati dalam melakukan sesuatu sentiasa berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara supaya iman tidak tergelincir daripada landasan yang sebenar.Jadi berdasarkan kedua-dua versi sejarah permulaan sambutan Hari Kekasih,maka jelas sebenarnya kita sebagai umat Islam tidak sepatutnya bersama penganut agama lain meraikannya...

Perkara yang paling ditakuti oleh musuh-musuh Islam semenjak awal sejarah Islam lagi ialah kemantapan akidah dan keutuhan tauhid ummah.Selagi umat Islam berpegang teguh kepada akidah yang benar,maka selagi itu sebarang anasir luar yang cuba memesongkan hala tuju ummah akan kecundang...

Justeru amat mengecewakan apabila kita melihat saban tahun,ramai anak muda Islam yang turut terpengaruh  dengan budaya dan gaya hidup yang jelas bertentangan ajaran Islam.Tentu pihak musuh sedang bergembira melihat begitu mudahnya anak muda Islam dihanyutkan dengan amalan budaya asing.

Muzakarah Jawatan kuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal  Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22-24 November 2005 di Kuching,Sarawak menetapkan budaya merayakan Hari Kekasih itu tidak pernah dianjurkan Islam dan umat Islam dilarang turut sama meraikannya...
maka jelas disini sebenarnya fatwa itu memberikan garis panduan kepada seluruh umat Islam di negara  ini tentang haramnya menyertai perayaan Hari Kekasih itu.Fatwa itu dikeluarkan itu bukannya bersifat menyokong golongan muda sebaliknya satu ketetapan supaya mereka terpelihara dari penyelewengan akidah..

syaitan dan musuh Islam sentiasa mengintai-intai ruang dan peluang pada setiap masa supaya dirimu kecundang dalam arus kehidupan yang melalaikan.Kita perlu berwaspada .Islam adalah agama yang suci bersih.Justeru,insaf dan kembali hidup dlama kehidupan beragama yang sebenar.... 

TUDUNG MENGIKUT PAKAIAN "SISTER" KRISTIAN

Ini fesyen bertdung zaman sekarang yang dibanggakan ramai. Hadis nabi, “Barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka“.. – Riwayat Abu Daud.

Agenda kafir Laknatullah untuk menyesatkan wanita Islam. Adakah ini suatu kebetulan? Sememangnya agenda Kristian itu amat dahsyat untuk menjahanamkan umat Islam. Mungkin ramai yang tidak mengetahuinya. Sebar-sebarkanlah. Selamatkan wanita Islam..

Ya Allah, lindungi kami..

Wahai wanita, janganlah kamu memakai tudung yang dibutang/di pin di belakang sehingga menampakkan bentuk leher di hadapan. Gayanya tak ubah seperti birawati kristian laknatullah. Jauhilah dari memakai sebegini. Agenda kafir laknatullah itu sangat halus sehingga kita tidak sedar, ketahuilah wahai manusia sekalian.

MAKNA DISEBALIK "SALAM"

makna disebalik "salam"

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah: "Salam (selamat tinggal)". Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk).

baik gunakan..ASSALAMULAIKUM @ ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH..

Ilmu untuk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Baginda SAW memberi salam dengan lafaz "Assalamualaikum" dan menjawab salam para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu "Waalaikumussalam warahmatullahiwabarakatuh". Ringkasnya, baginda SAW akan beri salam dengan ucapan "Assalamualaikum" dan jawab salam "Waalaikumusasalam warahmatullahiwabarakatuh"

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah:

"WAALAIKUMUSSALAM" dan bukannya "WAALAIKUMSALAM"

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain hendaklah kita berkata "kirim salam, assalamulaikum pada Siti Aishah ye" - contohnya dan bukannya "kirim salam kat Siti Aishah ye" dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti "ko tolong kirim salam maut kat dia ye"

Penyataan ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan. Selain itu janganlah kita menggantikan ucapan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan "Assalamualaikum" itu panjang, maka hendaklah kita gantikan dengan perkataan "As Salam" yang membawa maksud sama dengan "Assalamualaikum".

Sesamalah kita memberitau member-member yang selalu sangat guna shortform "A'kum" dalam sms atau pun emel. Perkataan A K U M adalah gelaran untuk orang-orang yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud BINATANG dalam bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan "Avde Kokhavim U Mazzalot" yang bermaksud "HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT".

Jadi mulai sekarang, jika ada orang hantar shortform "A'kum" kita ingatkan dia guna "As Salam".

Jangan guna "Bye" kerana "Bye" adalah jarum suntik kristian yang bermaksud "Di bawah naungan pope", jangan guna "a'kum" kerana "a'kum" bermaksud "binatang" dalam bahasa Yahudi. Jangan guna "semekom" kerana "semekom" bermaksud "celaka kamu". Gunakan perkataan "As Salam" sebagai singkatan bagi "Assalamulaikum".

Sekian, semoga ada manfaatnya.

Thursday, 10 November 2011

Buat Mujahidah ALLAH

Alangkah indahny kulihat,berjalan seorang muslimah mukminah
Dengan wajah yang ditutupi niqab,dia berjalan penuh tawadhu’
Langkahnya ibarat seorang pejuang muslimah yg
Tenang,yakin,berwibawa..
Penuh dengan semangant mujahidah
Disebalik fizikalnya yg menggetarkan jiwa-jiwa
Bukan getaran nafsu,tapi getaran keinsafan
Untuk mengenali ALLAH dengan lbh dekat
Ada sekeping hati yg dipenuhi setiap ruang dan sudutnya dengan
Mengingati Yang Maha Esa…
Ada seulas bibir yg merah bak delima
Sedang asyik mengalunkan kalamullah serta zikrullah
Ada sepasang mata yg redup,yg cukup terjaga dari pandangan maksiat
Setiap gerak lakunya cukup menggambarkan keperibadian dirinya
Yg lembut dan tegas
Kasih sayang jelas terpancar  pada sinar matanya,bahasa badannya
Yg lahir dari hati nurani yg ikhlas kerana DIA
Tidak keluar dari merah bibir yg sentiada dihiasi
Senyuman keimanan,melainkan hikmah,haq,
Serta mutiara-mutiara ukhwah
Hanya dengan melihat pada perwatakannya
Sudah cukup untuk menarik hati-hati yg lalai dari mengingati
ALLAH
Agar segera berfikir tetangNYA..
Subhanallah….