"Daripada Abu Muslim al-Khaulani daripada Mua'az bin Jabal r.a,ia berkata:'Aku mendengar Rasulullah s.a.w menceritakn daripada Tuhannya dengan sabdanya:'orang yg bercinta kerana ALLAH berada di ats mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya."
Abu Muslim menyambung:"Kemudian aku keluar hingga bertemu Ubadah bin al-Samit,lalu aku menyebutkan kepadanya hadis Mu'az bin Jabal,maka ia menyatakan:
"aku mendengar Rasulullah s.a.w menceritakan daripada Tuhannya yang berfirman:"cinta-Ku berhak untuk orang yang bercinta kerana-Ku,cinta-Ku berhak untuk orang yang saling tolong-menolong kerana-Ku dan cinta-Ku berhak untuk orang yang saling berkunjung kerana-Ku."Orang yang bercinta kerana Allah berada di ats mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya."
(Riwayah Ahmad)
No comments:
Post a Comment