Dalam meraikan sesuatu perayaan,Islam memberi garis panduan bagi mengelakkan umatnya terpesong daripada landasan agama.Islam memiliki cara dan kaedah tersendiri yang lebih suci dan menepati fitrah manusia dalam meraikan sesuatu...
Islam diturunkan bukan semata-mata mencakupi aspek ibadah khusus,bahakn ia meliputi keseluruhan aspek kehidupan.
Antara acara tahunan yang seolah-olah sudah menjadi budaya di kalangan generasi muda ialah sambutan Hari Kekasih atau Valentine Day yang diraikan pada 14 Februari setiap tahun..kita perlu melihat kembali sejarah wujudnya Hari Kekasih ini supaya kita tidak mudah terjerumus dalam situasi yang dapat merencatkan iman..sejarah Hari Kekasih itu ada beberapa versi sumbernya dan disini diceritakan semula supaya kita dapat memahami secara jelas betapa terpesongnya kita sekiranya turut sama meraikan hari itu.
menurut sumber sejarah,Valentine adalah nama paderi yang berpengaruh besar pada zaman pemerintahan Ratu Isabela di sepanyol.Dia adalah orang kedua selepas kedudukan Paderi Besar Pope.Valentine adalah orang yang memainkan peranan dan bersumbangan besar semasa menumpaskan kerajaan Islam di Cordova,Sepanyol..
Jasanya itu dianggap sesuatu yang tidak mungkin dilupakan dan dihargai di kalangan orang kristian.Justeru,tarikh 14 februari ditetapkan sebagai cuti umum bagi meraikan kemenangan yang diterajui Valentine itu pada setiap tahun..malah ia menjadi amalan generasi muda.terdapat satu lagi versi yang menyatakan pada 14 Februari 270 Masihi,paderi Valentine dibunuh kerana penentangannya kepada penguasa Rome pada waktu itu,iaitu Raja Claudius II(268-270M).ekoran peristiwa pembunuhan ke atas Valentine itu,dia dianggap sebagai simbol ketabahan dan keberanian.
Dia diagungkan pula.bagi memperingati Valentine itu,maka pada 14 Februari setiap tahun,para pengikutnya yang beragama Kristian Katolik meraikannya sebagai 'ucapan keagamaan'.Jadi,berdasarkan sumber sejarah asal-usul Hari Valentine tu,jelas ia adalah tradisi agama Kristian dan sememangnya diraikan dengan meriah oleh para penganut agma itu..
pesan Rasulullah yang bermaksud
"sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum,maka dia turut termasuk bersama golongan itu."
Ini adalah peringatan Rasulullah kepada kita supaya sentiasa berhati-hati dalam melakukan sesuatu sentiasa berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara supaya iman tidak tergelincir daripada landasan yang sebenar.Jadi berdasarkan kedua-dua versi sejarah permulaan sambutan Hari Kekasih,maka jelas sebenarnya kita sebagai umat Islam tidak sepatutnya bersama penganut agama lain meraikannya...
Perkara yang paling ditakuti oleh musuh-musuh Islam semenjak awal sejarah Islam lagi ialah kemantapan akidah dan keutuhan tauhid ummah.Selagi umat Islam berpegang teguh kepada akidah yang benar,maka selagi itu sebarang anasir luar yang cuba memesongkan hala tuju ummah akan kecundang...
Justeru amat mengecewakan apabila kita melihat saban tahun,ramai anak muda Islam yang turut terpengaruh dengan budaya dan gaya hidup yang jelas bertentangan ajaran Islam.Tentu pihak musuh sedang bergembira melihat begitu mudahnya anak muda Islam dihanyutkan dengan amalan budaya asing.
Muzakarah Jawatan kuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22-24 November 2005 di Kuching,Sarawak menetapkan budaya merayakan Hari Kekasih itu tidak pernah dianjurkan Islam dan umat Islam dilarang turut sama meraikannya...
maka jelas disini sebenarnya fatwa itu memberikan garis panduan kepada seluruh umat Islam di negara ini tentang haramnya menyertai perayaan Hari Kekasih itu.Fatwa itu dikeluarkan itu bukannya bersifat menyokong golongan muda sebaliknya satu ketetapan supaya mereka terpelihara dari penyelewengan akidah..
syaitan dan musuh Islam sentiasa mengintai-intai ruang dan peluang pada setiap masa supaya dirimu kecundang dalam arus kehidupan yang melalaikan.Kita perlu berwaspada .Islam adalah agama yang suci bersih.Justeru,insaf dan kembali hidup dlama kehidupan beragama yang sebenar....